23 Oktober 2010

Hari Ko-kurikulum SKTDI

Assalamualaikum..

Pada 9 dan 10 Oktober yang lepas telah berlangsung hari kokurikulum peringkat sekolah... Sabtu dan Ahad. Walaupun sungguh memenatkan, tetapi sedikit teruja...kenapa? Sebab ini pertama kali di adakan sepanjang perkhidmatan saya di sekolah tersebut, dan juga pertama kali melihat murid-murid membuat gajet yang begitu comel.. amazing! Tahniah kepada semua! Walaupun penat, kami dihadiahkan dengan cuti peristiwa pada hari isnin berikutnya...Maaf, tak dapat nak upload gambar.. ' bad request '.. Apapun, saya akan try lagi..

illalliqa'..

27 September 2010

Kesan Solat

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah..

Semalam, saya mencurahkan sedikit ilmu kepada anak-anak murid tahun 4 di sekolah saya. Ianya berkenaan dengan solat. Kesan Solat. Sungguh kerdil dirasakan diri ini apabila membicarakan tentang solat. Adakah sempurna, adakah diterima, semuanya bermain di fikiran. Namun, tanggungjawab sebagai seorang guru harus dilaksanakan untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada murid. Satu amanah!
Solat merupakan salah satu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat wajibnya. Solat juga ibadah yang diterima secara terus oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t semasa peristiwa Isra' dan Mikraj. Melalui peristiwa tersebut, dapat dilihat betapa besarnya kepentingan ibadah solat kepada individu muslim. Kita wajib melaksanakannya.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim ( di sini saya sertakan maksudnya sahaja )tentang kesan solat yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud :
" Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya akan kekal? Para sahabat menjawab : Kotorannya tidak akan kekal walau sedikit. Sabda Rasulullah s.a.w. : Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah s.w.t menghapuskan dosa dengannya."
Huraian hadith :
1. Solat ialah salah satu rukun Islam yang amat penting dan ia merupakan penentu keimanan dan petanda ketaatan kepada Allah. Ia bukanlah satu perkara remehmalah ia pernah digambarkan sebagai pemisah antara keimanan dan kekufuran.
2. Solat juga merupakan satu perintah yang dapat membina hubungan di antara seorang hamba dengan Allah s.w.t yang merupakan penciptanya dan pemilik dirinya. Tunduk kepadaNya bukanlah menandakan kelemahan, tetapi ia merupakan satu kekuatan yang mengangkat diri seseorang itu daripada tunduk kepada makhluk.
3. Di dalam hadith tersebut, Rasulullah memberikan satu lagi makna tambahan yang indah kepada solat lima waktu iaitu pengampunan dosa. Seorang hamba yang mentaati Tuhannya bukan sekadar diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah malah Allah menjanjikan pula pengampunan kepada dosa-dosanya yang telah lalu.
4. Para ulama' hadith sependapat dengan menggabungkan hadith tersebut dengan hadith2 yang lain bahawa pengampunan dosa tersebut ialah pengampunan kepada dosa2 kecil dan tidak melibatkan dosa2 besar.

Antara kesan solat yang lain ialah :
1. Menjadikan seseorang lebih berdisiplin.
2. Dikasihi dan diredhai oleh Allah.
3. Dapat membina jati diri yang baik serta akhlak yang mulia.
4. Dihormati rakan dan dipandang mulia oleh masyarakat.
5. Menerbitkan rasa insaf dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
6. Peka kepada kepentingan masa.
7. Dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

( Sumber : al-ahkam.net & Buku teks Pend. Islam Tahun 4 )

15 September 2010

Salam Aidilfitri

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum.
Sahabat2, pengunjung2 yang budiman, salam aidilfitri diucapkan kepada semua.. Hari ni saya baru sampai dari kampung setelah seminggu lebih berpuasa dan meraikan aidilfitri bersama2 keluarga tersayang.. tahun ni tak dapat nak berziarah ke mana2 memandangkan opah sebelah suami diserang strok ( angin ahmar ) dua tiga hari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Badan opah sebelah kiri tak dapat bergerak, tapi alhamdulillah sebelah kanan masih boleh berfungsi.. Walaupun suasana tidak seceria tahun-tahun sebelumnya, kami tetap menyambutnya dengan penuh kesyukuran dan mudah-mudahan Allah masih mengizinkan kami untuk bertemu Ramadhan dan Syawal pada tahun hadapan... InsyaAllah..

17 Ogos 2010

Salam Ramadhan untuk semua..

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan..rasanya masih tidak terlambat utk saya ucpkan selamat bpuasa utk semua.. Kesibukan saya sjak akhir2 ni mbantutkan aktiviti update blog..sbnarnya byk cerita utk dkongsi bsama,tp tu la..sibuk mengalahkn menteri pulak..hehe.. Apapun mhon maaf pada smua pengunjung.. InsyaAllah ada kelapangan,saya akan msukkan pelbgai cerita,tazkirah ramadhan dan resepi2 menarik d bulan puasa..
Salam ukhuwwah utk semua..

23 Jun 2010

Kelebihan Bulan Rejab

Bulan Rejab datang lagi.
Bulan di mana medan persediaan bagi kita umat Islam untuk menyambut kedatangan Ramadhan.
Sabda Rasulullah s.a.w : " Bulan Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku."
Maka Allah telah menawarkan banyak kelebihan kepada hamba-hambaNya, di antaranya ialah :
1. Sabda Rasulullah s.a.w: hendaklah kamu muliakan bulan Rejab, nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari akhirat.
2. Pada malam awal Rejab, mustajab doanya.
3. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi ( Firdaus )
4. Puasa selama dua hari berturut-turut dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit yang panjang yang menghalang dia ke neraka ( panjangnya setahun perjalanan )
6. Puasa empat hari pada bulan Rejab, dijauhkan daripada bala dan daripada penyakit-penyakit besar dan daripada fitnah Dajjal hari kiamat.
7. Puasa lima hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur.
8. Puasa enam hari, keluar dari kubur dengan cahaya di wajahnya.
9. Puasa tujuh hari, ditutup daripadanya tujuh pintu neraka.
10. Puasa lapan hari, dibuka baginya lapan pintu syurga.
11. Puasa sembilan hari, keluar dari kuburnya menyeru "Laa ilaha illallah" tidak ditolah dia daripada memasuki syurga.

Oleh itu sahabat.., Selamat meningkatkan iman dan amal kita kepada Allah s.w.t.

( Sumber bahan : Risalah Salam Ukhuwwah IPTB,Ogos 2005 )

20 Jun 2010

Ummi sumber inspirasi...

Ummi sumber inspirasi...
Gelaran abang buat saya. Nak tergelak pun ada,tapi sumber inspirasi siapa? Tentunya inspirasi abang dan anak-anak...
Tak dinafikan, anak-anak memang rapat dengan saya.. Bila nak berehat,buat kerja2 rumah,bermain, mesti ada ummi.. terutamanya si abang,tak boleh berenggang sikit dengan saya. Si adik pula lebih pandai berdikari..buat apa2 lebih banyak seorang diri..
Semuanya bermula awal cuti sekolah. Agaknya sebab ummi banyak masa dengan anak-anak. Sehinggakan pergi ke taman pun mesti berpegang tangan dengan ummi kedua-duanya... Bila saya suruh salah seorang berpimpin tangan dengan ayah, semua tak nak... Jawabnya, ummi juga la...
Emm..,memang betul la, Ummi ni sumber inspirasi anak-anak....

Jalan Menuju Allah

Aku impikan diriku
Yang sentiasa ghairah bertasbih
Mengadu rindu kepadaNya
MengasihiNya sepenuh jiwa dan raga
MencintaiNya sekuat hati

Aku impikan diriku
yang sentiasa mengalirkan airmata
Akibat rindunya aku kepada penciptaku
Akibat malunya aku kerana sering berbuat maksiat
Akibat segannya aku kerana sering menipu
Kecintaanku kepadaNya

Aku impikan diriku
Yang hatinya sentiasa bergetar
Apabila nama Tuhanku disebut
Jantungku berdegup kencang
Bila disebut azabnya
Tetapi tenang semula
Bila dicerita kasih sayangNya
yang Maha Luas

Aku impikan diriku
Yang setiap detik mengingatiNya
Akan nikmatnya yang tidak terhingga
Kerana aku tiada apa-apa
Dialah yang Maha Pemberi

Aku impikan diriku
Yang sentiasa bertawakkal padaNya
Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku
Maha Suci dari menzalimiku
Kerana Dia penciptaku
Yang penuh dengan kecintaan
Kepada makhluknya

( Sumber : Diari Islam 2009 )

04 Jun 2010

KPI oh KPI...

Key Performance Index...
Bukan setakat menteri2, jabatan2 kerajaan yang kena buat...
Kami, cikgu2 sekolah pn kena buat juga...
Sebelum menteri2 buat, dah lama kami buat...
Dah habis PKSR 1,cikgu2 sibuk marking paper, sibuk key in markah,sibuk buat KPI...
Haa...cerita tentang KPI ni, mesti sahabat tertanya2 macammana la rupanya... Sebenarnya ia lebih kepada target guru untuk mencapai kualiti ( mendapat A ) dan kuantiti ( lulus ABC ) dalam sesebuah kelas.. jadi, guru mesti menggariskan beberapa tindakan yang perlu dilakukan bagi memastikan pencapaian murid berada di tahap yang dikehendaki...Kalau pencapaian murid menurun, apa rancangan guru untuk menambahbaikkan keadaan tersebut... Hmm.. perah otak juga la kena fikir...
Mungkin di tempat2 lain ada juga yang kena buat macam ni, tapi tidak di'highlight'kan sebagai KPI, mungkin nama lain diberi...Apapun, setiap guru perlu ada perncangan dalam bentuk apa pun, untuk memastikan murid2nya mencapai kejayaan...

Caknakah ibubapa?

Assalamualaikum...
Menjengah kembali, ruangan bicara diri...
PKSR 1 dah lama selesai, hari ni ada majlis menandatangani kad pelaporan murid.. Saya merupakan guru kelas tahun 4, jadi macam2 yang perlu dijelaskan kepada ibubapa berkenaan perihal anak masing2 di sekolah... Ada yang suruh marah anak, suruh cikgu tukarkan tempat duduk anak sebab pelajaran anak dah merosot, suruh cikgu ' push ' anak, macam2 lagi la...
Saya mendengar, dan memberi beberapa pandangan kepada ibubapa ( mudah2an diterima pakai la.. ). Satu lagi situasi yang rata2nya menimpa anak2 'cikgu'.. Agaknya cikgu2 ni terlalu sibuk... Ada sesetengahnya yang merupakan cikgu ( kebanyakannya sekolah menengah ) mengadu kepada saya pelajaran anak merosot disebabkan mereka 'tidak sempat' untuk memberi perhatian dalam soal pembelajaran anak di sekolah.. Sibuk sangat ke cikgu2 ni?? Sehingga tumpuan terhadap anak2 sedikit terabai?? Anak2 yang menjadi mangsa keadaan...
Tetapi, ada di antara ibubapa yang mencari alternatif lain spt menghantar anak ke kelas tambahan berbayar dan sebagainya. Terpulang kepada inisiatif masing2, pilihan di depan mata, cuma kita yang perlu bijak memilih....

28 Mei 2010

Memupuk Minat Membaca

Assalamualaikum...
Bulan ini genap umur Muhammad Nur Iman, iaitu anak sulung saya 3 tahun. Pada ketika ini saya dah mula berfikir tentang pembelajarannya.. bagaimana nak ajar dia membaca? membaca Iqra' atau mencuba kaedah2 lain? Cepatkah dia belajar? Semua itu saya fikirkan dan saya mula risau akannya.. saya teringat kata-kata seorang sahabat yang mempunyai anak yang sebaya tetapi perempuan, dia dah ajarkan anaknya Iqra' dan dah banyak huruf yang anaknya kenal.. sedangkan anak saya baru nak belajar... Saya juga ada bertanya dengan seorang guru yang mempunyai seorang anak perempuan, dah khatam quran semasa umur enam tahun. Katanya, setiap anak berbeza tambahan pula lelaki, kurang tumpuan dalam pembelajaran... Em, saya berfikir... agaknya la..
Jadi, apa yang saya buat? Setiap kali selepas solat Maghrib, saya akan mengajarkannya Iqra' dan membaca buka ' bacalah Anakku '... Mudah-mudahan dengan cara ini, dia akan cepat dapat membaca... Semestinya, selepas ikhtiar,usaha, seterusnya panjatkan doa kepada Allah... itu yang saya lakukan...

Penulisan Dakwah : Garapan Ilmu dan Minat

Mengimbau kenangan ketika belajar penulisan dakwah di Jab. Dakwah & Pembangunan Insan, UM di bawah seliaan Pn. Norrodzoh beberapa tahun lalu. Pada mulanya tak suka subjek penulisan, tapi bila dah belajar dan di beri peluang menulis artikel pendek, rupa-rupanya ada bakat...cuma perlu diasah...
Penulisan adalah salah satu wadah penyebaran ilmu dan dakwah kepada masyarakat. walaubagaimanapun, penulis mesti seorang yang berpengetahuan, mempunyai ilmu tentangnya, tentang apa yang ingin diolah dan semestinya minat dalam bidang ni.. Dengan harapan, tulisannya memberi kesan kepada pembaca..
Saya teringat kata-kata seorang muallaf ( maaf, saya terlupa namanya ) semasa praktikal di Ibu Pejabat Perkim,Jalan IPoh suatu ketika dulu.. Beliau juga seorang penulis.. Katanya, untuk menjadi seorang penulis yang hebat, perlu ada keberanian untuk menulis.. tulis apa-apa sahaja dan publish kat mana2. Lama2 nanti, kita akan sentiasa perbaharui tulisan kita. Memang benar, nak publish tu rasanya kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Bagi saya, blog juga merupakan wadah untuk mempertajamkan bakat menulis seseorang... Saya cukup suka tulisan ustaz Hasrizal. Simple tetapi menarik dan paling penting memberi kesan kepada diri. Tidak hairanlah, beliau boleh menjadi seorang penulis buku yang hebat.
Muhasabah, koreksi diri, tambahkan ilmu, mungkin kita juga mampu... selamat berjaya kepada semua...

Budak Baru Belajar

Pantun dulu-dulu, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...Membuat blog ni satu kerja yang mudah tetapi memerlukan masa... kawan-kawan dah lama ada blog sendiri, asyik bertanya mana 'mama didie ' punya...? em, dari 'zero', dapat la jua buat blog yang tak seberapa... nak masukkan ape-ape, tak de idea lagi... apapun, sahabat-sahabat boleh la mengetahui perkembangan diri dan keluargaku...