12 September 2011

Mereka memahami bicaraku..

Assalamualaikum... Bercerita tentang mahkluk Allah yang bernama kerengga.. Kalau kerengga menggigit kita, bukan main kepalang sakitnya.. Lagi2 bila sang kerengga mengeluarkan 'sesuatu' yang berbau busuk apabila menggigit manusia.. Saya tak pasti pulak apa nama saintifiknya... Lama dulu, sang kerengga dan kaum kerabatnya ni senang lenang membina mahligai mereka di atas dedaun pokok roselle saya.. Adui..., nak kutip buah pun susah, silap haribulan merayap atas tangan.. Apalagi, cepat2 dikuis-kuis, takut nanti menggigit kulit... Suatu hari, balik dari kampung, saya tengok kaum kerabat kerengga ni bina istana baru pulak.. Mak oii...ni dah melampau...bukan setakat pokok roselle, tapi daun2 pokok bunga pun kerengga2 ni berminat... Memang nak kena..! Saya memang geram... " Abang, cuba tengok kerengga2 tu, geram sungguh, buat sarang kat pokok bunga pulak.." saya melepaskan geram pada suami. " Kalau tak, saya spraykan saja, senang cerita.." saya menyambung lagi. " Sabar..nanti abang tolong...", suami saya menjawab. Dalam hati, apa yang abang nak buat ye... Em, saya terfikir satu cara.. " Kerengga, ooo..kerengga, pergi la buat sarang kat tempat lain.. Kalau tak, aku sembur nanti... Ajak kawan2 kau, pindah rumah!" Dalam bicara saya berbaur jugak ugutan terhadap kaum kerabat kerenaga tadi... Lepas itu, suami saya pula berbicara dengan kerengga.. apa yang dibualkannya pun saya tak tahu.. Besok, ada lagi.. Lusa pun ada lagi... Emmm, buat tak tahu.. Berikutnya, cakap lagi.. Juga mengugut untuk menyembur dengan racun serangga.. Hujung minggu baru ni, tengok pulak.. Alahai, bergumpal lagi daun, mesti ada lagi ni... Saya mengomel sendirian.. Gunting pokok saya ambik...dan, 'tap,tap' saya gunting daun2 yang bergumpal dengan sarang kerengga... Eh, takde pulak yang keluar..kalau tak, pantang diusik sikit, mesti akan merayap... MasyaAllah! Subhanallah! Rupa2nya kerengga2 itu memang berpindah! Walaupun dia hanya makhluk yang kecil, entah dia memahami atau tidak dan kita juga semestinya tidak memahami bicara mereka, namun Allah itu Maha Kaya, Maha Pengasih... Akhirnya... mereka memahami bicaraku...