08 November 2012

Jamuan Akhir Tahun & Majlis Perpisahan Pn. Norhashimah

Baru-baru ini telah diadakan jamuan khir tahun bagi kakitangan dan guru-guru SK Raja Perempuan Muzwin. Jamuan yang berupa hi-tea telah diadakan di Hotel Heritage, Ipoh..

Majlis ini juga bersempena untuk menghargai hari-hari terakhir k shimah yang akan berpindah ke SK Padang Asam, awal tahun depan.. K Shimah merupakan guru pendidikan Islam yang telah berkhidmat selama 12 tahun di SKRPM ini..Saya pernah digandingkan bersama k Shimah pada awal kedatangan saya di sekolah ini...k Shimah seorang yang baik,saya mengkagumi dirinya...juga seorang yang awet muda...heheh..jangan marah ye kak Shimah.. ( kalau terbaca entri ini la.. )

Saya akan upload gambar sepanjang hi tea berlangsung di galeri gambar...pengunjung boleh tinjau2 di sana ye...

Terima kasih tidak terhingga buat k Shimah yang telah banyak memberikan tunjuk ajar...

31 Oktober 2012

Rindunya suasana Usrah

Semalam, sebelum menyiapkan kerja2 mencantikkan buku program untuk Hari Anugerah Sekolah 2012 ini, saya mencapai Majalah Anis keluaran November yang dihiasi oleh Yatt dan Diana di muka hadapannya...
Alhamdulillah, mereka telah menerima hidayah yang Allah berikan kepada mereka, semoga mereka tidak mensia-siakannya..moga bertambah kebaikan untuk mereka...
Saya tertarik dengan aktiviti usrah yang diikuti oleh golongan artis ini, sebagai salah satu cara untuk mereka mempelajari ilmu agama...
Lantas, hati saya tiba-tiba terasa sayu, perasaan terlalu rindukan suasana usrah yang pernah saya ikuti semasa pengajian saya di Universiti dahulu...Ya, hampir 10 tahun saya meninggalkan suasana itu, tanpa berfikir untuk menyambungnya kembali...
Perasaan untuk mengikuti Usrah masih tetap utuh di dalam hati...Di dalam usrah atau keluarga kecil ini, ukhuwwah terasa amat rapat, sukar diungkapkan dengan kata-kata...amat manis! Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama..
Semoga Allah melorongkan saya ke arah itu, menemukan saya dengan sebuah kumpulan usrah yang terbaik, yang telah lama saya rindui...

20 Jun 2012

Penyayangnya Rasulullah

Pada suatu hari,Rasulullah memendekkan bacaan dalam solat Subuhnya.. Baginda hanya membaca al-mua'wwizataini iaitu surah al-Falaqdan an-Nas berlainan dengan kebiasaan. Kebiasaannya,baginda selalu membaca surah yang panjang pada solat subuh. Bila ditanya kenapa memendekkan solat,baginda menjawab :"Aku dengar anak menangis. Aku takut tangisan itu membebankan ibunya." Rujukan : Anakku Hebat Anakku Soleh terbitan Telaga Biru Us. Zahazan Mohamed

02 Mei 2012

Takziah kepada keluarga Allahyarham

Assalamualaikum.. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham Cg Mohd. Radzif b. Kamaruddin, Guru Besar SK Sultan Idris II, Kuala Kangsar yang telah pulang ke rahmatullah di Mekah semasa menunaikan umrah.. Diharapkan keluarga K. Asmah (isteri cg. Radzif, juga merupakan rakan sekerja saya )bersabar dengan dugaan yang Allah berikan.. Sesungguhnya Allah amat menyayangi arwah dan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya dan juga keluarga K. Asmah.. Arwah juga pernah menjadi guru besar saya semasa saya berkhidmat di SK Tun Dr. Ismail tahun 2005-2007..

20 April 2012

Demam lagi...

Assalamualaikum.. Hari ini hari ketiga adik ajmal demam.. panas jugak badannya. Biasanya bila dah demam, tekaknya akan bengkak, tonsil kata doktor.. Aku juga, dah 4 hari makan ubat, bengkak dan merah di dalam tekak.. agaknya panas dalam... kata orang tua-tua.. Abang iman pulak, semacam berjangkit dengan adik... dedor2 je badannya.. tapi alhamdulillah, sekejap sahaja.. mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada anak-anakku..

Cabaran Guru Masakini

Assalamualaikum... Pendidik @ guru... Bila ditakrifkan, adalah seseorang yang mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan, mendidik dan pelbagai takrifan lagi... Takrifan ini tidak berubah, walaupun berubahnya arus zaman sekarang... Tetapi bertambah-tambah lagi tugas dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru... Berhadapan dengan sikap ibu bapa yang pelbagai karenahnya.. Birokrasi dalam organisasi sekolah.. Timbunan kerja guru.. Kerja Perkeranian... Emm..banyak lagi la... Itulah guru, Harus ditelan hakikat itu... Harus dijalan tugas dipikul itu... Sabar, ikhlas... Penawar tekanan... Penawar bebanan... Didoakan semoga semua guru, Mendapat keredhaan ilahi.. Dalam mendidik anak zaman ini Berdepan dengan pelbagai cabaran lagi.. Yang tiada henti...