20 April 2012

Demam lagi...

Assalamualaikum.. Hari ini hari ketiga adik ajmal demam.. panas jugak badannya. Biasanya bila dah demam, tekaknya akan bengkak, tonsil kata doktor.. Aku juga, dah 4 hari makan ubat, bengkak dan merah di dalam tekak.. agaknya panas dalam... kata orang tua-tua.. Abang iman pulak, semacam berjangkit dengan adik... dedor2 je badannya.. tapi alhamdulillah, sekejap sahaja.. mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada anak-anakku..

Cabaran Guru Masakini

Assalamualaikum... Pendidik @ guru... Bila ditakrifkan, adalah seseorang yang mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan, mendidik dan pelbagai takrifan lagi... Takrifan ini tidak berubah, walaupun berubahnya arus zaman sekarang... Tetapi bertambah-tambah lagi tugas dan cabaran yang perlu dihadapi oleh guru... Berhadapan dengan sikap ibu bapa yang pelbagai karenahnya.. Birokrasi dalam organisasi sekolah.. Timbunan kerja guru.. Kerja Perkeranian... Emm..banyak lagi la... Itulah guru, Harus ditelan hakikat itu... Harus dijalan tugas dipikul itu... Sabar, ikhlas... Penawar tekanan... Penawar bebanan... Didoakan semoga semua guru, Mendapat keredhaan ilahi.. Dalam mendidik anak zaman ini Berdepan dengan pelbagai cabaran lagi.. Yang tiada henti...