28 Mei 2010

Memupuk Minat Membaca

Assalamualaikum...
Bulan ini genap umur Muhammad Nur Iman, iaitu anak sulung saya 3 tahun. Pada ketika ini saya dah mula berfikir tentang pembelajarannya.. bagaimana nak ajar dia membaca? membaca Iqra' atau mencuba kaedah2 lain? Cepatkah dia belajar? Semua itu saya fikirkan dan saya mula risau akannya.. saya teringat kata-kata seorang sahabat yang mempunyai anak yang sebaya tetapi perempuan, dia dah ajarkan anaknya Iqra' dan dah banyak huruf yang anaknya kenal.. sedangkan anak saya baru nak belajar... Saya juga ada bertanya dengan seorang guru yang mempunyai seorang anak perempuan, dah khatam quran semasa umur enam tahun. Katanya, setiap anak berbeza tambahan pula lelaki, kurang tumpuan dalam pembelajaran... Em, saya berfikir... agaknya la..
Jadi, apa yang saya buat? Setiap kali selepas solat Maghrib, saya akan mengajarkannya Iqra' dan membaca buka ' bacalah Anakku '... Mudah-mudahan dengan cara ini, dia akan cepat dapat membaca... Semestinya, selepas ikhtiar,usaha, seterusnya panjatkan doa kepada Allah... itu yang saya lakukan...

Penulisan Dakwah : Garapan Ilmu dan Minat

Mengimbau kenangan ketika belajar penulisan dakwah di Jab. Dakwah & Pembangunan Insan, UM di bawah seliaan Pn. Norrodzoh beberapa tahun lalu. Pada mulanya tak suka subjek penulisan, tapi bila dah belajar dan di beri peluang menulis artikel pendek, rupa-rupanya ada bakat...cuma perlu diasah...
Penulisan adalah salah satu wadah penyebaran ilmu dan dakwah kepada masyarakat. walaubagaimanapun, penulis mesti seorang yang berpengetahuan, mempunyai ilmu tentangnya, tentang apa yang ingin diolah dan semestinya minat dalam bidang ni.. Dengan harapan, tulisannya memberi kesan kepada pembaca..
Saya teringat kata-kata seorang muallaf ( maaf, saya terlupa namanya ) semasa praktikal di Ibu Pejabat Perkim,Jalan IPoh suatu ketika dulu.. Beliau juga seorang penulis.. Katanya, untuk menjadi seorang penulis yang hebat, perlu ada keberanian untuk menulis.. tulis apa-apa sahaja dan publish kat mana2. Lama2 nanti, kita akan sentiasa perbaharui tulisan kita. Memang benar, nak publish tu rasanya kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Bagi saya, blog juga merupakan wadah untuk mempertajamkan bakat menulis seseorang... Saya cukup suka tulisan ustaz Hasrizal. Simple tetapi menarik dan paling penting memberi kesan kepada diri. Tidak hairanlah, beliau boleh menjadi seorang penulis buku yang hebat.
Muhasabah, koreksi diri, tambahkan ilmu, mungkin kita juga mampu... selamat berjaya kepada semua...

Budak Baru Belajar

Pantun dulu-dulu, buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan...Membuat blog ni satu kerja yang mudah tetapi memerlukan masa... kawan-kawan dah lama ada blog sendiri, asyik bertanya mana 'mama didie ' punya...? em, dari 'zero', dapat la jua buat blog yang tak seberapa... nak masukkan ape-ape, tak de idea lagi... apapun, sahabat-sahabat boleh la mengetahui perkembangan diri dan keluargaku...