31 Oktober 2012

Rindunya suasana Usrah

Semalam, sebelum menyiapkan kerja2 mencantikkan buku program untuk Hari Anugerah Sekolah 2012 ini, saya mencapai Majalah Anis keluaran November yang dihiasi oleh Yatt dan Diana di muka hadapannya...
Alhamdulillah, mereka telah menerima hidayah yang Allah berikan kepada mereka, semoga mereka tidak mensia-siakannya..moga bertambah kebaikan untuk mereka...
Saya tertarik dengan aktiviti usrah yang diikuti oleh golongan artis ini, sebagai salah satu cara untuk mereka mempelajari ilmu agama...
Lantas, hati saya tiba-tiba terasa sayu, perasaan terlalu rindukan suasana usrah yang pernah saya ikuti semasa pengajian saya di Universiti dahulu...Ya, hampir 10 tahun saya meninggalkan suasana itu, tanpa berfikir untuk menyambungnya kembali...
Perasaan untuk mengikuti Usrah masih tetap utuh di dalam hati...Di dalam usrah atau keluarga kecil ini, ukhuwwah terasa amat rapat, sukar diungkapkan dengan kata-kata...amat manis! Pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama..
Semoga Allah melorongkan saya ke arah itu, menemukan saya dengan sebuah kumpulan usrah yang terbaik, yang telah lama saya rindui...