25 Ogos 2011

Salam Aidilfitri...

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung...
InsyaAllah, selepas sahur hari Sabtu kami akan bertolak pulang ke kampung halaman. Doakan keselamatan perjalanan kami.. kepada sahabat yang pulang ke kampung, berhati-hati semasa memandu...

Mohon maaf zahir dan batin..

Harapan PadaMu Subur Kembali

Assalamualaikum..

Saya nak kongsikan dengan sahabat semua, lirik nasyid kesukaan saya... Bagi saya, ia amat menyentuh hati... Cuba hayatinya..

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Di waktu mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali

Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Tika mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak melihat kebenaranMu
Y Allah Tuhanku
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini...

23 Ogos 2011

Demam SAPS

Apa itu SAPS??
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah..
Semua Guru Perak tahu...
Mungkin juga semua guru Malaysia tahu...
Apapun yang kita tahu
kita mesti laksanakan tugas itu..

Sebenarnya, minggu lepas baru selesai ujian selaras 3 atau ujian bulan julai / ogos.. jadi, guru2 pakat sibuk isi data dan markah berkenaan subjek yang diajar dalam sistem berkenaan... nak tak nak, malas, kena juga buat... dah tugas dan amanah kita... tapi ingat! itu bukan core business kita..

Selamat menjalankan tugas!

22 Ogos 2011

Sekolah Baru, Cerita Baru...

Assalamualaikum pengunjung yang dihormati...

Dah dua bulan saya berada di sekolah baru, suasana baru, pengurusan baru, pentadbir baru, kawan2 baru dan anak2 murid baru... Disebabkan kesibukan yang 'dibuat-buat', tak ada ruang dan peluang untuk saya menjengah blog yang dah lama ditinggalkan kesepian... Sayanora SK Tun Dr. Ismail... Ahlan wa Sahlan ke SK Raja Perempuan Muzwin... kata kawan2, saya 'dinaikkan' pangkat...hehe.. yalah tu..dari TUN ke RAJA... naik pangkat la...
Sekolah baru ni memperolehi pensijilan MS ISO... lupa pulak sirinya.. tapi dalam hal P&P.. apa yang penting sekarang, saya kena belajar balik untuk berada dalam kelompok yang baru...Em, apapun, saya bersyukur kerana dapat ke sekolah baru ni.. ada hikmah di sebalik tu, yang mungkin saya sendiri tidak mengetahuinya...
doakan saya... tabah dan strong menghadapi ujian Tuhan ini... Hanya Allah yang tahu betapa saya sayangkan sekolah lama saya... tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat mula2 posting...

28 April 2011

PKSR 1 2011

Assalamualaikum...
bertemu kembali...

Minggu depan bermulanya pksr 1 bagi tahun 2011 terutamanya bagi mata pelajaran bahasa arab kertas 1. Alhamdulillah, tahun ni ada 2 orang guru praktikum bahasa arab datang ke sekolah. sedikit sebanyak diaorang membantu saya dan guru-guru bahasa arab yang lain di sekolah..
Bermula 9hb mei, semua subjek b.arab, jawi dan pendidikan islam akan dijalankan, selaras seluruh negeri perak.. sama-samalah kita doakan kejayaan murid kita dalam menghadapi peperiksaan bagi semester pertama ini..

Wallahu a'lam..

23 Oktober 2010

Hari Ko-kurikulum SKTDI

Assalamualaikum..

Pada 9 dan 10 Oktober yang lepas telah berlangsung hari kokurikulum peringkat sekolah... Sabtu dan Ahad. Walaupun sungguh memenatkan, tetapi sedikit teruja...kenapa? Sebab ini pertama kali di adakan sepanjang perkhidmatan saya di sekolah tersebut, dan juga pertama kali melihat murid-murid membuat gajet yang begitu comel.. amazing! Tahniah kepada semua! Walaupun penat, kami dihadiahkan dengan cuti peristiwa pada hari isnin berikutnya...Maaf, tak dapat nak upload gambar.. ' bad request '.. Apapun, saya akan try lagi..

illalliqa'..

27 September 2010

Kesan Solat

Bismillahirrahmaanirrahim..

Assalamualaikum sahabat2 yang dirahmati Allah..

Semalam, saya mencurahkan sedikit ilmu kepada anak-anak murid tahun 4 di sekolah saya. Ianya berkenaan dengan solat. Kesan Solat. Sungguh kerdil dirasakan diri ini apabila membicarakan tentang solat. Adakah sempurna, adakah diterima, semuanya bermain di fikiran. Namun, tanggungjawab sebagai seorang guru harus dilaksanakan untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada murid. Satu amanah!
Solat merupakan salah satu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan oleh setiap muslim yang cukup syarat wajibnya. Solat juga ibadah yang diterima secara terus oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t semasa peristiwa Isra' dan Mikraj. Melalui peristiwa tersebut, dapat dilihat betapa besarnya kepentingan ibadah solat kepada individu muslim. Kita wajib melaksanakannya.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim ( di sini saya sertakan maksudnya sahaja )tentang kesan solat yang dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda yang bermaksud :
" Apa pandangan kamu semua sekiranya sebuah sungai di hadapan pintu rumah salah seorang dari kamu, dia mandi di situ lima kali setiap hari, adakah kotorannya akan kekal? Para sahabat menjawab : Kotorannya tidak akan kekal walau sedikit. Sabda Rasulullah s.a.w. : Begitulah perumpamaan solat lima waktu. Allah s.w.t menghapuskan dosa dengannya."
Huraian hadith :
1. Solat ialah salah satu rukun Islam yang amat penting dan ia merupakan penentu keimanan dan petanda ketaatan kepada Allah. Ia bukanlah satu perkara remehmalah ia pernah digambarkan sebagai pemisah antara keimanan dan kekufuran.
2. Solat juga merupakan satu perintah yang dapat membina hubungan di antara seorang hamba dengan Allah s.w.t yang merupakan penciptanya dan pemilik dirinya. Tunduk kepadaNya bukanlah menandakan kelemahan, tetapi ia merupakan satu kekuatan yang mengangkat diri seseorang itu daripada tunduk kepada makhluk.
3. Di dalam hadith tersebut, Rasulullah memberikan satu lagi makna tambahan yang indah kepada solat lima waktu iaitu pengampunan dosa. Seorang hamba yang mentaati Tuhannya bukan sekadar diberikan kedudukan yang tinggi di sisi Allah malah Allah menjanjikan pula pengampunan kepada dosa-dosanya yang telah lalu.
4. Para ulama' hadith sependapat dengan menggabungkan hadith tersebut dengan hadith2 yang lain bahawa pengampunan dosa tersebut ialah pengampunan kepada dosa2 kecil dan tidak melibatkan dosa2 besar.

Antara kesan solat yang lain ialah :
1. Menjadikan seseorang lebih berdisiplin.
2. Dikasihi dan diredhai oleh Allah.
3. Dapat membina jati diri yang baik serta akhlak yang mulia.
4. Dihormati rakan dan dipandang mulia oleh masyarakat.
5. Menerbitkan rasa insaf dan bersyukur kepada Allah s.w.t.
6. Peka kepada kepentingan masa.
7. Dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar.

( Sumber : al-ahkam.net & Buku teks Pend. Islam Tahun 4 )